Kisah Mencabut Undi.....
Suatu hari yg redup redup ngantuk, penulis mendapat sepucuk surat dari Pejabat Daerah Melaka Tengah menyatakan bahawa beliau telah dijemput untuk mengahadiri sesi cabutan undi bagi kerja kerja pihak penjemput. Canteeekkkk...Seperti yg telah dimaklum di dalam surat keramat tersebut, tepat pukul 2.30 penulis telah tiba di Dewan Seri Negeri bagi proses pendaftaran. Penulis terkentut bertalu talu melihat lebih dari 400 org yg turut dijemput bagi sesi tersebut. Adesssss...
Setelah selesai proses pendaftaran dan pemberian nombor nombor keramat, penulis mendapati nombornye tak cantik sgt kerana hajat dihati inginkan nombor 111 atau 222 atau 333. Smart gitu... kalu nombor plat kerete tuh harga bole sampai puluh puluh ribu...Selesai mendapat nombor kami dimasukkan kedalam dewan bagi sesi taklimat dan seterusnye sesi menunggu dif dif kehormat yg tak pernah sampai on time. Selamber...
Kelewatan tibanya mereka mereka yg berhormat sgt dirasai. Lebih menghangatkan keadaan bila diketahui bahawa hanya 370 kerja sahaja yg ditawarkan dan terdapat 412 org yg dijemput hadir.Peluh dingin mula keluar lalu mengaktifkan pundi kencing penulis lantas melihatkan penulis seolah olah mengalami penyakit kencing manis yg kronik tak ingat kerana terpaksa ke tandas sebanyak lima kali. Sebijik seperti S.Shamsudin sewaktu mau diuji bakat dalam cerita Seniman Bujang Lapok...
Ketegangan kian terasa dimana lebih banyak peserta keluar dari dewan untuk melepaskan batuk di tangga dengan menghisap sebanyak rokok yang mungkin lalu batuk ibarat mau mati gamaknya.Tepat jam lima petang proses cabutan dibuat tanpa kehadiran tetamu yang paling utama kerana org ramai tidak dapat menghadapi tekanan lagi lantas mencarut carut. Ntah ape punya perangai ntah... org nak bagi kerja buat mcm dia nak bagi kerja kat org. Sabau skit takleh. Cheeeesshshhh...

Cabutan undi dimulakan. JENG JENG JENG! Penulis berjaya memancing kerja yang bernilai rm20000. Range bagi kerja kerja yg disediakan adalah antara rm 50000 hingga ke rm 10000. Terdapat hanya satu kerja yg bernilai rm100000. Dan yg dapat tuh org dr Negri Sembilan yg companynya beralamat Melaka.
Ada dikalangan member member yg seperti mentertawakan penulis kerana beranggapan nilai kerja yg kecik. Lalu penulis menerangkan bahawa kerja tersebut hanya mengambil masa kurang dari seminggu untuk siap dgn kos yg kurang dari rm 10000. Bermakna penulis hanya perlu bekerja untuk lima hari bagi mendapat gaji untuk 2 bulan. Less the work tension and workers. Muahahahahaha.... im not complaining at all. Lagi cepat kerja siap, lagi cepat payment masuk dan lagi cepat boleh pusing modal untuk next projek... Chayuk Chayuk!!!!!
<< Home