Kisah 'Hutang Darah Dibalas Dengan Darah!'.....
Kisah bermula hampir 547 tahun dahulu di sebuah daerah terpencil di dalam negeri melaka. Disebuah kampung yg aman damai tinggallah sebuah keluarga yg cukup harmoni lagi arkab hubungan antara ahli keluarga hingga menimbulkan fitnah yg disebarkan oleh mereka mereka yang berhasad dengki dengan kebahagiaan mereka bahawa mereka terlibat dalam aktiviti incest atau dalam bahasa pasaunya sumbang mahram...
Anak lelaki tunggal pasangan keluarga bahagia tersebut masih menuntut darjah 'sittah'( darjah enam, sittah digunakan kerana jabatan pelajaran melaka ketika itu menggunakan silibus yg diambil dari negara Arab secara tak langsung bahasa perantaraan ialah bahasa arab). Beliau yang aktif dalam bidang sukan telah terpilih utk mewakili sekolah dalam acara marathon terpaksa menjalani latihan bagi menambah stamina beliau yang berkurangan akibat dari menghisap rokok kerana pengaruh rakan sebaya...
Ketika si anak bertungkus lumus menjalani latihan, keluarga tersebut diserang oleh seorang penjahat wanita yg ternyata terlalu kejam untuk dinyatakan disini tentang kekejaman dia membunuh ahli ahli keluarga tersebut. Hanya dapat dinyatakan disini pihak berkuasa hanya berjaya mencantumkan cebisan mayat ahli keluarga tersebut untuk tujuan pengenalpastian selepas 3 hari. Sadist sungguh wanita yg membunuh itu...
Si anak lelaki yg terselamat telah koma selama seminggu dan bangkit dengan mata yang bengkak kerana menangis dalam komanya. Seterjaganya dia dari koma, dia terus berazam untuk membalas dendam. Beliau lantas bertapa dengan seorang guru silat yg amat hebat dan terkenal. "Hutang darah pasti akan dibalas dengan DARAH!!!" jeritnya sambil memecahkan sebuah batu yg besar dengan tumbukan tangan kosongnya. Gagah sungguh anak tersebut...
Setelah 120 purnama berlalu, berkelanalah anak tersebut mencari wanita yang telah menghancurkan keluarganya dahulu. Hasil dari maklumat orang ramai dan seekor monyet yg bijak berkata-kata, anak tersebut berjaya berjumpa dgn wanita tersebut...
Anak: KELUAU KAO SHAITAN! HARI INI MELAKA AKAN MENYAKSIKAN KAO AKAN BERLUMURAN DARAH! AKAN AKU CINCAMG KAO SEBAGAIMANA KAO MENCINCANG KELUARGA AKU 120 PURNAMA DAHULU! KELUAU KAO SHAITAN!! KELUARRRR!!!
WanitaGanas: Siapa kao wahai anak muda. Tiada aku ingat akan wajah dikau ini...
Anak: Aku ialah anak lelaki sepasang suami isteri yang kao bunuh dahulu...
WanitaGanas: Sesungguhnya aku sudah bunuh byk pasangan suami isteri sewaktu zaman kegemilangan aku dahulu... tapi jikau dikau ingin bermain disini aku bisa temankan kau... MUAHAHAHAHAHA!!!!
Anak: Bangsat sungguh tingkah lakumu itu shaitan! Arhhhhh!! Akan aku bunuh engkau. Akan aku siat daging engkau dari tulang kau itu.. HUTANG DARAH AKAN KAO BAYAR DENGAN DARAH...!
WanitaGanas: Oh!!! kebetulan!! Tunggu disitu anak muda..
Wanita ganas tersebut kemudiannya menyeluk tangannya kedalam seluarnya lalu mengeluarkan sekeping tuala wanita lalu campak ke muka anak tersebut...
WanitaGanas: Kalau darah aku yg kao mahu... AMBIK!!! Akan ku bayar secara ansuran bulanan!
Moral cerita diatas:
Seorang wanita yang ganas jangan disangka tiada unsur unsur humor dalam dirinya.....
<< Home