2006/08/12

Kisah Misteri Kehilangan Ayah Pin.....

Terdapat satu masa pada tahun yg lepas bilamana satu Malaysia memperkatakan tentang kehilangan Ayah Pin. Dari semuda muda budak tadika hingga setua tua penghuni kedai kopi, masing masing mempunyai teori memasing...

Pada masa yang sama di Wisma Negeri, berlaku kekagetan di kalangan penghuni penghuni mulia kafeterianya berkenaan Ayah Pin yang dikatakan berada disana. Dia dilihat di dalam elevator, dia dilihat didalam tandas, dia dilihat mengorder air di kafeteria, bahkan dia dilihat mencuci cermin pintu...!

Kekagetan tersebut diakhiri dengan gelak tawa tahap dewa setelah diketahui umum 'Ayah Pin' hanyalah pekerja perkhidmatan am di sana. Sememang sewajarnya dia dilihat di tempat tempat diatas kerana jika tidak berbuat begitu nescaya tempat tersebut akan kotor dan dia akan dibuang kerja...

Setelah hampir setahun, penulis dapat menemuramah 'Ayah Pin' 3 hari yang lepas...

Penulis: abg bukan ayah pin?

'Ayah Pin': bukan...

Penulis: adik ayah pin?

'Ayah Pin': pon bukan... takde kene mengena langsung... (sambil mendengus)

Penulis: memain je le abg... takkan nak marah... biasa ok jer... dah setahun kene panggil ayah pin baru nak marah skang ke?

'Ayah Pin': tensen aku... tensen aku...

Penulis: nak minum air ape? saya belanja hari nih...

'Ayah Pin': ALONG!! Barli Panas SATU!!

Penulis: soalan last... Whatcha gonna do with all that junk all that junk inside your trunk...?

'Ayah Pin': I'ma get get get get you drunk... get you love drunk off my hump... my hump my hump... my hump my hump my hump ...my hump my hump my hump... my lovely manly lumps... check it out...

(dua ayat terakhir ditambah bagi mendatangkan mood 'urban' dalam entri kali ini)