2006/07/11

Perfectionist...

Adapun kehadiran entri ini bukalah utk mengaibkan sesiapa maunya bahkan ianya adalah secebis daripada ketidakpuasan hati hamba yang tidak seberapa ini. Sayugia diingatkan jika terdapat beberapa bait bait ayat atau prosa kata yang pada gamitan kalian tidak beberapa elok maka diharapkan janganlah diambil kira adanya...

Hamba bukanlah seorg yg perfectionist... Hidup adalah mustahil utk sempurna serba-serbi keadaannya. Hatta sebuah kereta yg sempurna sifat luar dalamnya juga tidak bole dinobatkan sempurna kerana pasti dan pasti terdapat cacat celanya yang tidak kelihatan oleh mata yg tidak beberapa halus (mata kasar). Sebijak mana pun sang kontraktor, sehandal mana pun sang kuli upahan, bangunan yg terbina pasti ada sedikit ketidak sempurnaan.

Arakian tersebutlah sebilangan manusia yang digembar-gemburkan oleh diri mereka sendiri sebagai orang kesempurnaan (perfectionist). Mereka-mereka yang tidak bole menerima sebarang keadaan tidak seperti yg mereka kehendakkan hatta sedikit cacat cela pun mendatangkan kemarahan. Bukannya hamba berharap kita menutup sebelah mata terhadap kesalahan kesalahan kecil, tidak sama sekali. Adapun hamba cuma menyatakan bahawa manusia tidak sempurna, dan dunia dijadikan juga tidak sempurna. Apa yang membuatkan dunia ini sempurna ialah kita membuat sebaik yang mungkin untuk mendekati kesempurnaan...

SelfConscience: W.T.F yang ko bebelkan nih?

SenorCannabis: Takde bende nak tulis daaaaa....

SelfConscience: kunun pujangga arr tuh.... pegi daaa....

SenorCannabis: WAAAATTTTTCCHHAAAAA!!!